Sebut mengenai hacker, sering kali golongan ini dianggap sebagai perosak berikutan menceroboh hak dan data pengguna lain. Dalam pada itu, kehadiran golongan ini juga sekaligus membuatkan sekuriti digital dapat ditingkatkan bagi mengelakkan perkara yang lebih serius berlaku.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini yang berlaku kepada Ryan Pickren selaku pelajar Ph.D. dalam bidang sekuriti digtal di Georgia Institue of Technology di mana beliau berjaya meraih wang ganjaran bernilai $100,500 (~RM421,300) oleh pihak Apple.

Difahamkan ganjaran besar oleh pihak Apple tersebut berjaya diberikan oleh beliau atas sumbangan beliau memaklumkan kepada pihak Apple mengenai isu bug yang tersedia pada peranti Mac yang membolehkan pihak hacker menceroboh akses kamera pengguna peranti berkenaan.

Sumber: digital trends

Menerusi penerangan Ryan Pickren, beliau memaklumkan terdapat sebuah bug buat pengguna yang menggunakan iCloud, Safari 15 dan aplikasi ShareBear di mana aplikasi tersebut secara tanpa sedar memberi akses kepada pengguna lain untuk mendapat akses kepada kamera. Bukan itu sahaja, para hacker turut berpeluang mendapat akses kepada iCloud, PayPal, Facebook, Gmail dan sebagainya.

Meskipun bug ini bukanlah sesuatu yang serius dan keberangkalian untuk pengguna menjadi mangsa kepada bug ini adalah rendah, tindakan Apple untuk menghadiahkan pelajar ini dengan wang ganjaran yang besar jelas menunjukkan syarikat ini serius dalam menawarkan sekuriti terbaik buat para pengguna.

Untuk pengetahuan, ini bukanlah pertama kali Ryan Pickren meraih wang ganjaran daripada pihak Apple. Pada tahun 2019, beliau berjaya meraih wang sebanyak $75,000 (~RM314,587.50) menerusi program Apple Bounty selepas berjaya temui bug yang membolehkan hacker mengakses kamera dan mikrofon pengguna iPhone.

Minggu ini turut menyaksikan sebuah kriptowang ‘palsu’ mengalami peningkatan harga sehingga 285,641% hanya kerana gurauan pihak McDonald’s terhadap Elon Musk.

Hanya Kerana Gurauan McDonald’s Terhadap Elon Musk, Kriptowang ‘Palsu’ Ini Melonjak 285,641%

Pengguna unifi Dijangka Terima Bil Dengan Paparan Harga Bayaran ‘Lebih Rendah’ Pada Bulan Hadapan